Pages

Monday 19 April 2010

Le Tour De Batu Pahat

Hari jumaat semalam aku balik kampung dari Johor Bahru ke Batu Pahat naik motor, pulak hujan jer sepanjang masa, menggigil rasa..... tp sebab dah nekad nak bawak motor.. bawak jer la. Lama dah tak bawak motor, walaupun agak penat sikit, tapi seronok giler, rasa lapang jer, jalan tak jem, minyak dah tentu jimat, masa pun jimat (motor cub pun x ler slow sangat). Kalau nak dibanding dengan naik kereta rasa lemau jer badan, hehe.. pada aku la. Kos x payah citer la, memang jimat, 1/3 jer daripada kos naik kereta (kancil), tu belum bawak EX5, lagi la jimat. Orang kata naik motor bahaya, memang tak dinafikan, tp bila kita berhati-hati, waspada, safety cukup (helmet, jaket, glove, jeans, but), motor betul2 sihat, doa (juga doa2 dari orang yang sayang kita).. dan last sekali tawakal.. insyaAllah tak ada apa2 masalah.  

Lepas solat maghrib, terus bertolak dari rumah sewa kat BBU, melalui jem biasa menuju ke Skudai, selit-selit sikit dan sampai kat Tol Skudai. Dalam keadaan hujan, sejuk, tumpuan ada sikit terganggu, xlama terjumper rider2 motor sama2 meredah hujan, naik balik semangat.. konvoi hehe.. Berenti sekejap kat machap, isi minyak lepas tu jalan balik.. 9.45 malam sampai rumah.. jumper mak, salam dengan mak, sejuk hati.. hilang rasa penat.. Lepas ni, kalau xder apa-apa keperluan balik kampung naik motor jer la, tak der masalah pun. 


Happy Riding..

Thursday 15 April 2010

Movie Review

Terpikir untuk review antara movie yang aku dah tengok kat wayang ataupun cd..
(Rating 1 = paling x best, 5 = paling best dan direkemen)

Avatar (Wayang)
Rating : 5
Komen : Mula tengok tu macam x paham.. lama2 best pulak.. grafik memang power, jalan cerita lain dari yang lain, tangkap feeling la.. tp 3 jam agak lama.. boleh tertidur kejap la.. overall.. memang sapa x tengok lagi mesti kena tengok.. tengok sendiri dan nilai.. 
baru2 ni tgk lagi sekali VERSI 3D , ingat sambungan, rupanya dijadikan 3D jer.. sakit mata tgk 3D.. best la jugak sbb first time tgk 3D.. ok la..

Iron Man 2 (Wayang)
Rating :4.5
Komen :Sebelum tengok citer ni memang excited sangat nak tgk.. sebab Iron Man 1 memang syok giler.. aku dah budget nak bagi 6 rating.. bila dah tgk.. em......... tunang aku siap tetido agi.. hampagas betul ler.. best tu mmg best.. dari segi teknologi mmg best giler.. tp dari segi kualiti lakon layar.. kurang berkualiti.. sbb penah tgk cerita yang lagi memberi kesan dalam hati.. seolah2 macam pengarah syok sendiri dengan dia punya style cerita.. kekadang di selitkan dengan lawak2 spontan jdkan cerita ni best.. biasa la, kalau cerita bersiri, xkan se best yang first.. :)
Clash of The Titan (Wayang)
Rating : -1
Komen : Nasib baik tgk hari rabu, RM8 jer, kalau x rugi jer tgk.. cerita berkonsepkan ketuhanan, boleh memesongkan akidah kalau x paham dgn jelas pasal agama. Dah la jalan cerita buring entah apa-apa. effect pun xbest. tp pelik, kenapa orang kata best, pendapat masing2 la..

Evolusi KL Drift 2 (Wayang)
Rating : 3.5
Komen : cerita ni average jer.. ada part yang best.. part2 dia tgh drift, part aksi2 samseng yang menyakitkan hati.. tp ada jugak part2 jiwang.. huhu.. yg ni kantoi sikit.. tp kelakar dan macam natural.. ada jugak sceen yang agak kaku.. Part ala2 Gerak Khas pun ada.. biasa la.. 

Wednesday 14 April 2010

CPO

Masa ni baru balik jumper sifu Pie 2020.. dia turun Johor.. ngeteh kat benefe.. macam2 borak, aku dengar jer.. nyampuk ler sikit2.. apa pun aku tertarik kepada topik Trading CPO.. dan aku berminat untuk tahu lebih lanjut pasal CPO..

http://www.bicarajutawan.com/forum/forum177.html

Meh sama-sama kita study..