Pages

Saturday, 15 May 2010

Lif Rosak

Ada satu kisah.. hehe..

aku balik dari beli makan tengah hari.. konon2 x nak la lalu kat lobby bangunan, naik tangga tingkat 3, baru naik lif untuk ke tingkat 19, dah sampai tu aku pun tunggu lif x der yang bukak2.. lama jugak aku berdiri kat situ, ada makcik cleaner tu pun pandang aku semacam jer.. aku pun konon2 macam layan sms kat hp gitu..

ada jugak 3 4 minit aku termenung menunggu lif, dalam hati rosak agaknya lif ni.. aku dah bengkek dah.. apa la management bangunan ni, lif asyik rosak jer.. dalam hati jer la cakap.. x lama tu ada la brother tu baru sampai nak naik lif, pastu dia tekan button untuk naik... terus lif terbukak........         laaaa.................  patut pun xder lif terbukak... aku x tekan punat rupanya......... mangkuk tingkat betullah.. *(^*^&$^#*

;)