Pages

Wednesday 10 October 2012

KISAH PENGAJARAN DARI SALURAN PAIP




1801, di sebuah lembah di wilayah Itali.
                Tersebutlah sebuah kisah di zaman dulu mengenai dua orang muda yang bercita-cita tinggi bernama Pablo dan Bruno. Mereka tinggal bersebelahan rumah di sebuah kampong.
                Mereka berdua berkawan rapat dan sama-sama mempunyai impian yang besar.
                Pablo dan Bruno sering berbincang bagaimana satu hari kelak mereke akan jadi orang kaya di kampong berkenaan. Kedua-duanya cerdik dan rajin bekerja. Apa yang mereka perlukan hanyaah peluang.
                Satu hari peluang tersebut menjelma. Penduduk kampung membuat keputusan untuk mengupah dua orang mengangkut air dari sungai berdekatan untuk dimasukkan ke dalam tangki air. Kerja berkenaan telah diberikan kepada Pablo dan Bruno.
                Mereka pun memulakan kerja mengangkut air dengan baldi dengan penuh ghairah. Apabila hari petang, tangki bekalan air pun penu diisi. Ketua kampung telah membayar mereka satu “penny” bagi setiap baldi air yang diangkut.
                “Impian kita selama ini sudah tiba,”  kata Bruno dengan gembiranya. “Nasib kita yang baik ini saya rasa macam mimpi.” Tetapi Pablo tak berapa yakin.
                Tangan nya melecet dan belakangnya sakit-sakit bahana dari mengangkut  air. Pablo rasa berat untuk bangun pagi keesokan hari untuk menjalankan tugas. Kerana itu Pablo mula memikirkan cara yang lebih baik untuk mengangkut air.

Pablo, Tukang Saluran Paip
“Bruno, saya ada satu rancangan,” kata Pablo kepada Bruno keesokan paginya sambil mereka berjalan menuju ke sungai untuk mula mengangkut air. “Saya cadang kita buat satu saluran paip dari  sungai ke tangki air. Jadi tak payah lagi kita angkut pakai baldi.”
                Bruno terkejut dan berteriak, “Kau kata saluran paip? Mana ada orang buat macam itu?”sambung Bruno lagi, “Pablo, kita dapat kerja yang cukup hebat. Say dapat angkut 100 baldi satuhari dan dengan bayaran satu penny se baldi, dapat satu dolar sehari. Saya ‘dah jadi orang kaya. Hujung minggu ini saya akan beli kasut baru, cukup bulan saya akan beli lembu. Enam bulan lagi, saya akan beli rumah baru. Kerja ini adalah yang terbaik di kampung kita. Hujung minggu kita cuti dan tiap tahun dapat cuti dua minggu. Tak nampakkah yang kita ada kerja seumur hidup? Pergi jahanamlah dengan angan-angan kau ‘nak bina saluran paip’ tu.”
                Tetapi Pablo tidak mudah mengalah. Dia tetap bersabar bercakap kepada Bruno mengenai rancangannya untuk membina saluran paip. Pablo bekerja sekerat hari  mengangkut air dan menggunakan masa selebihnya serta hujung minggu membina saluran paip. Pablo tahu menggorek tanah yang berbatu untuk membolehkan papip dipasang adalah kerja berat. Pendapatan juga akan merosot. Pablo juga menyedari kerja membina saluran paip akan memakan masa setahun atau dua tahun. Tetapi Pablo penuh yakin dengan impiannya dan dengan itu tetap cekal meneruskan apa yang dia buat.
                Bruno, sahabat baiknya serta orang kampung mulai menghina Pablo dan menggelarnya PabloTukang Saluran Paip. Bruno yang mendapat upah dua kali ganda lebih banyak dari Pablo mulai berbelanja dengan mewahnya. Dia membeli seeekor keledai yang dilengkapi dengan pelana kulit dan keledai sentiasa diletakkan di hadapan rumah dua tingkatnya yang baru. Bruno membeli pakaian yang cantik-cantik dan makan makana yang istimewa di kedai makan di Bandar. Orang kampung memanggilnya Encik Bruno. Bruno kerap membelanja orang kampung minum-minum sambil mereka bersorak kesukaan. Apabila Bruno berjenaka, mereka akan ketawa terbahak-bahak.

Perlakuan Kecil Yang Mendatangkan Hasil Yang Besar
                 Sedang Bruno berehat-rehat di atas buaian di sebelah petang dan hujung minggu, Pablo meneruskan kerjanya memasang saluran paip. Apa yang dilakukan oleh Pablo dalam masa beberapa bulan memang belum menunjukkan hasil sebarang hasil. Kerjanya memang berat, lebih berat dari kerja Bruno, oleh kerana Pablo terpaksa bekerja sebalah petang dan juga hujung minggu.
                Tetapi Pablo sentiasa mengingatkan dirinya bahawa impian hari esok dibina di atas pengorbanan hari ini. Hari demi hari ia menggorek tanah untuk memasang saluran paip, inci demi inci.
                “Inci demi inci, bukan teruk sangat,” Pablo menenteramkan dirinya, sambil ia menghayun cangkulnya ke tanah yang berbatu, Dari seinci menjadi sekaki, kemudian 10 kaki, 20….. 100……
                “Kesusahan ini adalah sementara tetapi hasilnya akan berkekalan,”  Pablo mengingatkan dirinya apabila dia melangkah masuk ke rumahnya keletihan. Dia mengukur kejayaannya dengan menetap dan menyudahkan matlamat mengikut hari. Pablo yakin apabila masa berlalu, hasil yang diperolehi akan mengatasi usahanya.
                “Tumpukan perhatian anda kepada ganjarannya,” Pablo akan bercakap pada dirinya berulang kali apabila hendak melelapkan mata. Pada masa yang sama, hilai dan ketawa dapat didengar dari kedai minum di mana Bruce dan kawan-kawannya seronok minum-minum sampai larut malam.
                “Tumpukan perhatian anda kepada ganjarannya,”

Sampai Masa Keadaan Pun Berubah
 Hari-hari berlalu bertukar menjadi bulan. Satu hari Pablo mennyedari saluran paipnya sudah separuh siap. Ini bererti dia hanya perlu berjalan separuh jalan saja untuk mengisi baldi dengan air!  Jadi, Pablo mempunyai lebih banyak masa untuk menyiapkan saluran paipnya. Tarikh untuk menyiapkan saluran paip menjadi semakin cepat.
                Pada masa dia sedang berehat, Pablo memerhatikan sahabatnya Bruno memikul baldi yang berisi air. Bahu Bruno sudah jatuh. Ia mulai bongkok dan kelihata dalam kesakitan. Langkahnya pun sudah mulai perlahan disebabkan kerjanya mengangkut air yang sudah mula dirasakan berat. Bruno marah dan sesal mula menguasai dirinya, kerana sekarang dia sedar yang dia terpaksa mengangkut air dengan baldi setiap hari sehingga akhir hayat.
                Bruno semakin kurang berehat di buaiannya, sebaliknya menghabiskan masa di kedai minum. Yang berada di kedai minum akan berbisik sesama mereka apabila melihat Bruno masuk, “Bruno Tukang Angkat Air  ‘dah dating.” Meraka akan ketawa kecil melihat yang mabuk mengajuk Bruno yang bongkok dan jalannya yang mulai terhegeh. Bruno tidak lagi membelanja minum dan berjenaka seperti dahulu. Kini dia lebih suka menyendiri di satu sudut yang agak samar-samar, dikelilingi oleh botol arak yang sudah kosong.
                Akhirnya,hari yang dinanti-nanti oleh Pablo pun tiba. Saluran paip yang dibinanya selama ini sudah siap! Seluruh kampung berkumpul untuk menyaksikan air yang mengalir kencang dari saluran paip binaan Pablo masuk ke dalam tangki! Kini, oleh kerana kampung berkenaan sudah mempunyai bekalan air yang berterusan, orang dari tempat lain mulai pindah ke kampung berkenaan. Kampung jadi besar dan betambah mekmur.
                Siap saja saluran, maka Pablo tidak lagi perlu bekerja mengangkut air dengan baldi. Air tetap mengalir walau pun Pablo tidak bekerja. Air mengalir sedang Pablo makan . air mengalir waktu dia tidur. Air mengalir di hujung minggu sedang Pablo bersuka-sukaan. Lagi banyak air mengalir ke kampung berkenaan, lagi banyak wang yang mengalir ke saku Pablo!


Gelaran Pablo pun bertukar menjadi Pablo tukang paip ‘ ajaib. Ahli-ahli politik memuji-mujinya kerana pandangannya jauh dan mahukan Pablo bertanding untuk jawatan Datuk Bandar. Tetapi, bagi Pablo , apa yang dicapainya bukanlah satu keajaiban. Ia hanyalah langkah pertama untuk mencapai impian yang lebih besar. Sebenarnya, Pablo mempunyai rancangan yang melangkaui kampungnya.
                Pablo merancang untuk membina saluran paip ke seluruh dunia!

Mengajak Saabatnya Untuk Membantu
                 Saluran paip Pablo menyebabkan Bruno Tukang Angkat Air kehilangan kerja. Pablo berasa sedih melihat sahabatnya  meminta-minta untuk mendapatkan minuman percuma di kedai minum yang biasa dikunjungi. Pablo pun mengaturkan satu perjumpaan dengan Bruno.
                “Bruno, saya dating berjumpa untuk minta tolong dari anda.” Bruno membetulkan bahunya yang bongkok, sambil melihat dengan matanya yang hampir pejam. “Jangan cuba ‘nak permainkansaya,” kata Bruno.
                “Saya datang bukan untuk bercerita yang bukan-bukan.” Kata Pablo. “Saya dating untuk menawarkan anda satu peluang perniagaan. Saya memerlukan dua tahun untuk menyiapkan saluran paip. Tetapi saya telah banyak belajar dalam masa dua tahun tersebut! Saya sudah tahu alat apa yang harus digunakan, dimana hendak dikorek, bagaimana hendak meletakkan paip. Saya membuat catatan sepanjang tempoh saya menjalankan kerja. Saya telah mewujudkan satu kaedah atau sistem yang akan membolehkan saya membina satu lagi saluran paip dan seterusnya satu lagi,satu lagi dan begitulah seterusnya…
                “Saya boleh membina saluran paip setahun satu seorang diri. Tetapi ini tidak mengunakan masa dengan baik. Apa yang saya rancangkan ialah mengajar anda dan orang lain membina saluran paip. Kemudian anda pula mengajar orang lain sehinggalah ada saluran paip di setiap kampung di kawasan ini, kemudian setiap kampung di seluruh negeri dan akhirnya setiap kawasan kampung di seluruh dunia.
                “Cuba fikir,” sambung Pablo. “kita boleh dapat sedikit ‘persen’ dari setiap gelen air yang mengalir melalui semua saluran paip. Lagi banyak air yang mengalir, lagi banyak wang yang mengalir ke saku kita.  Saluran paip yang saya siapkan bukan bermakna berakhirnya impian. Ia hanya baru bermula!
                Bruno akhirnya dapat melihat Gambaran yang lebih besar. Dia senyum dan menghulurkan tangannya yang kasar kepada sahabatnya Pablo. Mereka bersalaman san berpelukan tak ubah seperti sahabat akrab yang sudah lama tidak bertemu.

Impian Saluran Paip Di Dunia Yang Pakai Baldi Air
 Beberapa tahun berlalu. Pablo and Bruno sudah lama bersara. Perniagaan saluran paip mereka di seluruh dunia masih lagi menyalurkan berjuta dollar wang setiap tahun ke dalam akaun bank mereka. Apabila berjalan-jalan dikawasan luar Bandar, Pablo dan Bruno masih terjumpa beberapa orang muda yang mengangkut air dengan baldi.
                Pablo dan Bruno akan menemui dan menceritakan kepada mereka, pengalaman memasang saluran paip dan menawarkan bantuan untuk berbuat perkara yang sama. Beberapa orag akan menggunakan kesempatan berkenaan dan memulakan perniagaan saluran paip mereka sendiri. Malangnya, kebanyakan tukang angkut baldi cepat menolak cadangan membina saluran paip. Pablo dan Bruno diberikan alasan yang sama berkali-kali.              
                “Saya tak ada masa.”
                “Kawan saya bagi tahu, kawan dari kawan saya telah membina saluran paip tetapi gagal.”
                “Mereka yang awal-awal terlibat dengan perniagaan saluran paip saja yang dapat untung.”          “sepanjang umur hidup,saya sudah menggunakan baldi. Biarlah saya terus saja dengan apa yang say sudah biasa.”
                “Saya tahu ada orang yang kene tipu dengan rancangan saluran paip ini. Saya tak mahu jadi macam mereka.”
                Pablo dan Bruno berasa sedih kerana ramai sangat orang yang tidak mampu melihatlebih jauh.
                Kedua-dua mereka terpaksa mengakui yang kita semua hidup di dunia yang mengangkut baldi… dan hanya jumlah kecil saja yang berani mengimpikan impian saluran paip.

BURKE HEDGES