Pages

Thursday 14 June 2012

Proton Saga FLX Executive (CVT)

Blue Rock.. begitu la kaler kereta aku, setelah pikir banyak kali, bincang banyak kali, mempertimbangkan banyak faktor dan akhirnya keputusan sebulat suara kami bersetuju untuk membeli Proton Saga FLX ni. Model ini adalah model yang paling lengkap, orang kata premium model bagi Saga, tapi apa kan daya, rekod ke premium an nya hanya dapat bertahan selama 2 minggu bila proton dengan selambanya mengeluarkan pulak model hot's nyer iaitu Proton Saga FLX SE 1.6.... bzzzttttt..... hangin betul... beza 5000 jer harganya... keluar jer aku pun dengan tak malu pi test drive FLX SE ni, ternyata perbezaannya.. pickup, mantap, style, dengan leather seat, rim 15", bodykit seksi, perrh... agak2 setengah jam jugek la termenung depan FLX SE mengenangkan dah terbeli FLX aku... (nak marah salesman pun xguna sebab diorang pun xtau... hantu betul!!)..

Kisah ni aku cerita dah berlaku 7 bulan lalu, masa aku baru amik kereta saga aku.. Tapi dipikirkan balik sedap jugak sebenarnya FLX aku dan setelah di guna 2 3 bulan baru aku rasa berbaloi aku beli saga aku sekarang, objektif utama tercapai, minyak ternyata lebih jimat berbanding FLX SE.

Antara faktor awal aku ambik keputusan nak beli Saga FLX aku ni adalah kerana:

1) Proton claime jimat minyak, boleh dapat 6.5 liter/km. Kami rujuk kat Paultan komen diorang pun meyakinkan. Untuk combined drive style boleh dapat 7.68liter/km dan itu juga figure yang aku dapat lebih kurang. Boleh semak kat Fuelly untuk catatan minyak terkini kereta aku. Paling jimat aku boleh dapat 6.5lilter/km, tu aku bawak constant 80-90km/j x berenti.

2) Ruang bonet belakang yang luas, amat diperlukan oleh orang dah berkeluarga mcm aku. Ruang penumpang pun luas, selesa, aku bawak kereta 4 orang dewasa masing-masing siap boleh tidur lagi aku bawak 130-140km/j kat highway.. huhu... Syyyttt.... jgn bagitau sesapa, nanti kena saman lak.. xtau la sebab diorang penat atau memang aku perasan kereta aku sedap hehehe... poyo....

3) Teknologi Gearbox CVT. Aku teruja dengan teknologi ni, lembut jer dia pi, x perasan dah 80km/j... kadang macam bahaya jugak.. perasan macam xlaju tapi tetiba macam cepat jer, rupanya dah 90km/j... fuh.... CVT ni jugak menyumbangnya jimat minyak sebab secara am nya RPM kereta FLX ni akan berada 500rpm lebih rendah berbanding saga 4AT sebelum ni.. bawak 110km/j tu rpm dalam 2.6rm jer...

4) Perkara yang xkurang pentingnya adalah sistem brek ABS, pengimbang brek EBD di roda belakang & Airbag SRS pemandu dan penumpang memang amat diperlukan. Terdapat pada model premium. ABS & EBD ni memang berfungsi seperti yang diharapkan bila aku hampir-hampir eksiden dengan pemandu yang syok sendiri keluar simpang tak tengok kiri kanan. Huh.. cemas!!! alhamdullah ditakdirkan tuhan sistem brek ni betul2 membantu. brek dengan cepat dan pasti, betul-betul berhenti tanpa tayar terkunci. Tapi takut juga kalau ada kenderaan di belakang aku xder ABS, masak....


5) Lagi satu aku suka Reka bentuk sedan yang kompak dan pada aku perubahan kepada versi FL memang menjadikan SAGA ni lebih seksi san menarik. huhu.. pendapat masing-masing...

Setakat ni yang aku ingat, kelebihan2nya.. :)

Kalau orang tanya berbaloi tak beli saga ni, hehe... semestinya... dan mesti la aku rekemen 100% hehe... value for money drop.. nak lagi sedap mantap amik FLX SE 1.6 huhu.... Nak tengok gambar? Ala sama jer, kereta aku standard menderd lagi... warna Blue Rock.. kalau ada lain pun ada calar teruk kat bawak pintu dan pecah sikit kat bumper belakang (kecuaian sendiri) :(.....




Friday 8 June 2012

J.Bovier Automatic

J.Bovier satu jenama jam buatan Paris, terkenal dengan ciri2 sapphire glass, Enjin automatic dia buatan Swiss, sekali pandang, 2 kali pandang, 3 kali pandang.. comform inilah pilihan yang tepat. Bila dah tengok, belek2, pakai kat tangan, pi kat kedai lain mana2 pun xdapat rasa syoknyer pakai jam ni, tak tau la pendapat orang lain camana, ini pendapat peribadi jer. Balik surf internet x banyak dapat info, yang pasti J.Bovier tak banyak jam automatik, dan model ini special edition, kata dia la. Jam ni tak nampak mahal pun, tapi memang nampak macam limited edition dan pelik, dengan tali kulit coklat, body dia all stainless stell, dalam ada satu bulat untuk saat (small second), dan satu bulat kaca menampakkan mekanikal dalam jam, cukup untuk melihat jam masih lagi berfungsi.

Jam ni aku tak beli pun, tapi di hadiahkan oleh isteri tercinta, Saayang awak.. Eceh.. tapi yang bestnya hadiah boleh pilih sendiri hihi.. tak malu... bukan mintak ek.. orang nak bagi... Kitorang pasal hadiah2 memang open, mungkin tak suprise tapi bagi mengelakkan nanti tak dipakai sebab tak berapa suka, jadi elok la berterus terang, ok tak haha.. huhu..

Harga? hehe.. rahsia.. nama pun hadiah.. (poyo).. Ala pegi jer kedai mana ada jual boleh tengok harga dia huhu.. Jenama J.Bovier Automatic Kod B08.1B614..

 Layan gambar pulak...

 
 Orang kedai jam siap bungkus sebagai hadiah agi..

 
 Tara..... Cantik tak? Tak cantik?? tak per.. pada aku memang cantik..


 Ni jam aku sekarang dan yang dulu, dulu pun hadiah.. Tahan 2 tahun jugak pakai..

 
Ehem2... hensem tak?

Sekian seadanya..

p/s: Post ini bukan untuk tujuan menunjuk ye, sebagai tanda penghargaan kat isteri... boleh la tengok2 buat kenangan.. kalau boleh nak pakai jam ni sampai bila2... sampai jadi antik pun tak per.. sayang tu... k.. Chow dulu..