Pages

Thursday 14 June 2012

Proton Saga FLX Executive (CVT)

Blue Rock.. begitu la kaler kereta aku, setelah pikir banyak kali, bincang banyak kali, mempertimbangkan banyak faktor dan akhirnya keputusan sebulat suara kami bersetuju untuk membeli Proton Saga FLX ni. Model ini adalah model yang paling lengkap, orang kata premium model bagi Saga, tapi apa kan daya, rekod ke premium an nya hanya dapat bertahan selama 2 minggu bila proton dengan selambanya mengeluarkan pulak model hot's nyer iaitu Proton Saga FLX SE 1.6.... bzzzttttt..... hangin betul... beza 5000 jer harganya... keluar jer aku pun dengan tak malu pi test drive FLX SE ni, ternyata perbezaannya.. pickup, mantap, style, dengan leather seat, rim 15", bodykit seksi, perrh... agak2 setengah jam jugek la termenung depan FLX SE mengenangkan dah terbeli FLX aku... (nak marah salesman pun xguna sebab diorang pun xtau... hantu betul!!)..

Kisah ni aku cerita dah berlaku 7 bulan lalu, masa aku baru amik kereta saga aku.. Tapi dipikirkan balik sedap jugak sebenarnya FLX aku dan setelah di guna 2 3 bulan baru aku rasa berbaloi aku beli saga aku sekarang, objektif utama tercapai, minyak ternyata lebih jimat berbanding FLX SE.

Antara faktor awal aku ambik keputusan nak beli Saga FLX aku ni adalah kerana:

1) Proton claime jimat minyak, boleh dapat 6.5 liter/km. Kami rujuk kat Paultan komen diorang pun meyakinkan. Untuk combined drive style boleh dapat 7.68liter/km dan itu juga figure yang aku dapat lebih kurang. Boleh semak kat Fuelly untuk catatan minyak terkini kereta aku. Paling jimat aku boleh dapat 6.5lilter/km, tu aku bawak constant 80-90km/j x berenti.

2) Ruang bonet belakang yang luas, amat diperlukan oleh orang dah berkeluarga mcm aku. Ruang penumpang pun luas, selesa, aku bawak kereta 4 orang dewasa masing-masing siap boleh tidur lagi aku bawak 130-140km/j kat highway.. huhu... Syyyttt.... jgn bagitau sesapa, nanti kena saman lak.. xtau la sebab diorang penat atau memang aku perasan kereta aku sedap hehehe... poyo....

3) Teknologi Gearbox CVT. Aku teruja dengan teknologi ni, lembut jer dia pi, x perasan dah 80km/j... kadang macam bahaya jugak.. perasan macam xlaju tapi tetiba macam cepat jer, rupanya dah 90km/j... fuh.... CVT ni jugak menyumbangnya jimat minyak sebab secara am nya RPM kereta FLX ni akan berada 500rpm lebih rendah berbanding saga 4AT sebelum ni.. bawak 110km/j tu rpm dalam 2.6rm jer...

4) Perkara yang xkurang pentingnya adalah sistem brek ABS, pengimbang brek EBD di roda belakang & Airbag SRS pemandu dan penumpang memang amat diperlukan. Terdapat pada model premium. ABS & EBD ni memang berfungsi seperti yang diharapkan bila aku hampir-hampir eksiden dengan pemandu yang syok sendiri keluar simpang tak tengok kiri kanan. Huh.. cemas!!! alhamdullah ditakdirkan tuhan sistem brek ni betul2 membantu. brek dengan cepat dan pasti, betul-betul berhenti tanpa tayar terkunci. Tapi takut juga kalau ada kenderaan di belakang aku xder ABS, masak....


5) Lagi satu aku suka Reka bentuk sedan yang kompak dan pada aku perubahan kepada versi FL memang menjadikan SAGA ni lebih seksi san menarik. huhu.. pendapat masing-masing...

Setakat ni yang aku ingat, kelebihan2nya.. :)

Kalau orang tanya berbaloi tak beli saga ni, hehe... semestinya... dan mesti la aku rekemen 100% hehe... value for money drop.. nak lagi sedap mantap amik FLX SE 1.6 huhu.... Nak tengok gambar? Ala sama jer, kereta aku standard menderd lagi... warna Blue Rock.. kalau ada lain pun ada calar teruk kat bawak pintu dan pecah sikit kat bumper belakang (kecuaian sendiri) :(.....




2 comments:

  1. tula.. mula2 xsuka kereta ni, tp bile dah pakai mmg rasa sedap, pada kite keta ni mmg berbaloi2 n hge pun boleh tahan n ekonomikal la... pada sesiapa yg nak beli kereta,disuggestkan belila kereta saga ni yea.. mmg puas hati-))))

    ReplyDelete