Pages

Monday 19 April 2010

Le Tour De Batu Pahat

Hari jumaat semalam aku balik kampung dari Johor Bahru ke Batu Pahat naik motor, pulak hujan jer sepanjang masa, menggigil rasa..... tp sebab dah nekad nak bawak motor.. bawak jer la. Lama dah tak bawak motor, walaupun agak penat sikit, tapi seronok giler, rasa lapang jer, jalan tak jem, minyak dah tentu jimat, masa pun jimat (motor cub pun x ler slow sangat). Kalau nak dibanding dengan naik kereta rasa lemau jer badan, hehe.. pada aku la. Kos x payah citer la, memang jimat, 1/3 jer daripada kos naik kereta (kancil), tu belum bawak EX5, lagi la jimat. Orang kata naik motor bahaya, memang tak dinafikan, tp bila kita berhati-hati, waspada, safety cukup (helmet, jaket, glove, jeans, but), motor betul2 sihat, doa (juga doa2 dari orang yang sayang kita).. dan last sekali tawakal.. insyaAllah tak ada apa2 masalah.  

Lepas solat maghrib, terus bertolak dari rumah sewa kat BBU, melalui jem biasa menuju ke Skudai, selit-selit sikit dan sampai kat Tol Skudai. Dalam keadaan hujan, sejuk, tumpuan ada sikit terganggu, xlama terjumper rider2 motor sama2 meredah hujan, naik balik semangat.. konvoi hehe.. Berenti sekejap kat machap, isi minyak lepas tu jalan balik.. 9.45 malam sampai rumah.. jumper mak, salam dengan mak, sejuk hati.. hilang rasa penat.. Lepas ni, kalau xder apa-apa keperluan balik kampung naik motor jer la, tak der masalah pun. 


Happy Riding..

No comments:

Post a Comment