Pages

Friday 19 February 2010

Part Time Job

Tahun 2010 genaplah 4 tahun aku buat part time 'prepare full set account' untuk company Enterprise dan Sdn. Bhd., start buat kerja ni masa aku praktikal 6 bulan kat firma audit swasta kat JB. So far income daripada part time ni x banyak sangat, nama pun kerja part time, tapi dapat la menampung sedikit sebanyak perbelanjaan.

Masa mula2 buat akaun ni memang dah pasang target nak cari pengalaman 3 tahun dalam bidang auditing atau account untuk melayakkan aku dapat Chartered Account (CA) dari MIA. Bila aku dah ada CA ni aku dah boleh bukak firma audit aku sendiri, dan dalam tempoh 3 tahun aku cari pengalaman tu aku nak menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk belajar perihal accounting, taxation dan company secretary daripada mentor aku Abg Shahrin.

Tapi atas faktor2 kekangan jarak dan juga status kerja sebenar yang langsung x berkait dengan akaun, jadi terbantut la target aku.. yang aku dapat cath up sepanjang tempoh berkabung tu cuma kerja2 part time ni la.. Masa berlalu, target aku semakin kabur, dan seterusnya terkubur..

Januari 2009, aku dapat kerja di Jabatan Audit Negara Cawangan Johor sebagai Penolong Juruaudit, suasana kerja yang berbeza, kerja yang berbeza, yang sama cuma kerja part time prepare full set account ni aku masih buat. Target sekarang nak cukupkan 3 tahun pengalaman bekerja kat Jabatan Audit dan apply MIA. Kalau ada rezeki naik pangkat ke Juruaudit w41, alhamdulillah.. tp aku x mengharap sangat.. kenapa pulak? sebab.. ada la..

Target aku yang seterusnya.. masih dalam perancangan..

Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat merekod perakaunan untuk tujuan percukaian, audit syarikat Sdn Bhd, ataupun sekadar rujukan rakan kongsi mahupun proposal perniagaan, boleh berhubung terus melalui Email ke ptghkl@yahoo.com atau respons di blog ini.
Satu set laporan akan di keluarkan meliputi :-
-Kunci kira-kira (Balance Sheet)
-Penyata Untung Rugi (Profit & Loss)
-Trial Balance (Imbangan Duga)
-Lejar Am (General Ledger Listing)
-Lejar Penghutang/Pemiutang (Debtor/Creditor Statement) - jika berkaitan

p/s : caj akan dikenakan berdasarkan kuantiti dan juga kepelbagaian transaksi akaun.

khidmat2 lain :-
-Percukaian
-Company Secretary
-SSM
-Auditing
-Business Proposal

Dengan pengalaman yang ada dalam penyediaan full set account dan pakej2 lain, apalah kiranya dapat membantu rakan2 yang memerlukan khidmat sebagaimana di atas.

Sekian.

:)

3 comments:

  1. Jia You! Moga2 usahamu berhasil

    ReplyDelete
  2. TQ..
    buat masa ni nak buat akaun part time pun x berapa ada masa.. :)

    sibuk uruskan nak kawin..

    6/6/2010.. kejapnyer masa berlalu..
    dah nak kawin..

    ReplyDelete
  3. ala xpelah...
    uruskan ape yg penting dulu...
    anyway thniah atas perkahwinan fiz n emy

    ReplyDelete