Pages

Thursday 18 February 2010

Audit Sektor Awam

Salam..

Apa reaksi kita bila Laporan Audit oleh Ketua Audit Negara di keluarkan setiap tahun? Jawapan atau reaksi tentunya berbeza mengikut kepentingan masing-masing. Ada yang tidak ambil tahu mahupun memang tidak tahu menahu langsung, ada juga yang sekadar mengambil iktibar untuk diri sendiri dan ada juga yang menjadikan Laporan Audit sebagai bukti atau fakta dalam membuat pernyataan.

To be Continue..


=> 8.55pm 18/2/10..

Antara pihak yang betul-betul terkesan daripada Laporan Audit ini adalah penjawat awam itu sendiri, tidak kira kumpulan sokongan, mahupun pengurusan, tidak kira dari pihak yang di audit (cth: Pihak Berkuasa Tempatan) mahupun pihak yang menjalankan pengauditan (Jabatan Audit Negara).

Kenapa saya kata macam tu? Kerana mulai tahun lepas, apabila Laporan Audit tahun 2008 di bentangkan di parlimen, KSN telah mengarahkan tindakan tatatertib akan di ambil terhadap penjawat awam yang cuai dalam menjalankan tugas sehingga terjadinya kesilapan yang berlaku seperti di laporkan dalam laporan audit.

Secara positifnya, kerajaan tidak lagi memandang remeh Laporan Audit yang dikeluarkan seperti mana yang berlaku kepada Laporan-laporan Audit sebelum ini dan sudah semestinya urus tadbir sektor awam akan lebih telus dan efisyen.

Namun ada juga kesan negatif daripada senario ini. Di pihak Auditi (pihak yang di audit), mereka akan lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk, tapi apa yang di khuatiri, sesetengah daripada auditi akan mengambil keputusan untuk tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam proses pengauditan pada masa-masa akan datang. Apa faedahnya jika mendedahkan kesilapan sendiri sedangkan mereka sendiri sudah tahu tindakan tatatertib akan di ambil terhadap mereka.

Pandangan ini saya nyatakan dari pihak yang menjalankan pengauditan, namun begitu tidak bermakna langkah kerajaan ini salah. Pendekatan audit juga harus berubah. Jabatan Audit perlu meminimakan laporan kesalahan auditi, bukan bermakna Jabatan menutup sebelah mata. Kesalahan auditi akan di tegur dan minta di perbetulkan, tetapi jika pihak auditi tidak memperbetulkan kesilapan dalam tempoh yang ditetapkan (kecuali kesalahan yang terlalu material dan mesti dilaporkan), Laporan kesalahan auditi tetap akan dikeluarkan dan pihak auditi perlu bersedia.

Catatan di atas tidak memihak kepada mana-mana pihak dan hanyalah pandangan saya sendiri di pihak yang menjalankan pengauditan. Jika ada tersalah cakap harap dapat diperbetulkan dan dipohon ribuan kemaafan.

Sekian.



No comments:

Post a Comment