Pages

Saturday 20 February 2010

Jiran & Mee Magie

Agama menuntut kita berbaik-baik dengan jiran kita, dan salah satunya bila kita masak makanan lauk pauk sehingga jiran kita boleh menghidu, kita harus memberi sedikit kepada jiran kita.

Tapi macamana kalau situasinya begini..
Ni berdasarkan daripada kisah benar, bukan rekaan..

Kawan aku ni dia balik kerja di petang hari dengan rasa yang amat lapar dan amat teringinkan mee magie. Maka dengan berkobar-kobar semangat dia pun masak la 2 paket mee magie perisa kari. Kita sedia maklum la kalau duk kat taman perumahan ni jarak antara jiran terlalu dekat, jadinya dah tentu jiran akan dapat menghidu bau magie tu. Yang jadi masalahnya anak jiran sebelah telah ter bau masakan mee magie tu. Anak tu cakap "mak.. Amir bau magie, nak magie nak magie.." maknyer jawab "mana ada mak masak magie, xder la.." Anak "Mak tipu.. ada.. amir bau.. mak tipu"

Maka dengan rasa malu dan serba salah member ni pun cepat2 la bawak magie yang dah dimasak ke ruang tamu.. dengan harapan bau magie tu x dapat di hidu. rasa kesian pun ada kat budak tu.. Tak lama lepas tu budak tu bunyi lagi.. "mak.. amir bau lagi magie ni, mak sorok kat mana.. amir lapar.. nak magie.." Member ni dah serba salah, dan dah berkira-kira nak bagi sikit mee magie tu kat budak tu, kesian budak tu tercari-cari.. Baru jer nak melangkah ke rumah sebelah, dia pun terdengar mak dia cakap.. "Kan mak dah cakap x baik makan magie.. makan magie nanti jadi bodoh dan lembap macam lembu tau tak.. nak jadi bodoh? nak tak? nak tak?"..

Maka dengan rasa malu dan bengang yang teramat sangat.. member ni terus pegi buang magie yang dimakan.. dalam hati cakap nasib baik belum bagi tadi.. hehehe.. betapa bera rasa muka huhu.. start dari hari tu dia x penah lagi makan magie.. So, moral daripada story.. nak makan magie pun kena tgk2 la jugak kiri kanan.. hehe..

Makan la makanan berhasiat...

Friday 19 February 2010

Part Time Job

Tahun 2010 genaplah 4 tahun aku buat part time 'prepare full set account' untuk company Enterprise dan Sdn. Bhd., start buat kerja ni masa aku praktikal 6 bulan kat firma audit swasta kat JB. So far income daripada part time ni x banyak sangat, nama pun kerja part time, tapi dapat la menampung sedikit sebanyak perbelanjaan.

Masa mula2 buat akaun ni memang dah pasang target nak cari pengalaman 3 tahun dalam bidang auditing atau account untuk melayakkan aku dapat Chartered Account (CA) dari MIA. Bila aku dah ada CA ni aku dah boleh bukak firma audit aku sendiri, dan dalam tempoh 3 tahun aku cari pengalaman tu aku nak menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk belajar perihal accounting, taxation dan company secretary daripada mentor aku Abg Shahrin.

Tapi atas faktor2 kekangan jarak dan juga status kerja sebenar yang langsung x berkait dengan akaun, jadi terbantut la target aku.. yang aku dapat cath up sepanjang tempoh berkabung tu cuma kerja2 part time ni la.. Masa berlalu, target aku semakin kabur, dan seterusnya terkubur..

Januari 2009, aku dapat kerja di Jabatan Audit Negara Cawangan Johor sebagai Penolong Juruaudit, suasana kerja yang berbeza, kerja yang berbeza, yang sama cuma kerja part time prepare full set account ni aku masih buat. Target sekarang nak cukupkan 3 tahun pengalaman bekerja kat Jabatan Audit dan apply MIA. Kalau ada rezeki naik pangkat ke Juruaudit w41, alhamdulillah.. tp aku x mengharap sangat.. kenapa pulak? sebab.. ada la..

Target aku yang seterusnya.. masih dalam perancangan..

Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat merekod perakaunan untuk tujuan percukaian, audit syarikat Sdn Bhd, ataupun sekadar rujukan rakan kongsi mahupun proposal perniagaan, boleh berhubung terus melalui Email ke ptghkl@yahoo.com atau respons di blog ini.
Satu set laporan akan di keluarkan meliputi :-
-Kunci kira-kira (Balance Sheet)
-Penyata Untung Rugi (Profit & Loss)
-Trial Balance (Imbangan Duga)
-Lejar Am (General Ledger Listing)
-Lejar Penghutang/Pemiutang (Debtor/Creditor Statement) - jika berkaitan

p/s : caj akan dikenakan berdasarkan kuantiti dan juga kepelbagaian transaksi akaun.

khidmat2 lain :-
-Percukaian
-Company Secretary
-SSM
-Auditing
-Business Proposal

Dengan pengalaman yang ada dalam penyediaan full set account dan pakej2 lain, apalah kiranya dapat membantu rakan2 yang memerlukan khidmat sebagaimana di atas.

Sekian.

:)

Thursday 18 February 2010

Audit Sektor Awam

Salam..

Apa reaksi kita bila Laporan Audit oleh Ketua Audit Negara di keluarkan setiap tahun? Jawapan atau reaksi tentunya berbeza mengikut kepentingan masing-masing. Ada yang tidak ambil tahu mahupun memang tidak tahu menahu langsung, ada juga yang sekadar mengambil iktibar untuk diri sendiri dan ada juga yang menjadikan Laporan Audit sebagai bukti atau fakta dalam membuat pernyataan.

To be Continue..


=> 8.55pm 18/2/10..

Antara pihak yang betul-betul terkesan daripada Laporan Audit ini adalah penjawat awam itu sendiri, tidak kira kumpulan sokongan, mahupun pengurusan, tidak kira dari pihak yang di audit (cth: Pihak Berkuasa Tempatan) mahupun pihak yang menjalankan pengauditan (Jabatan Audit Negara).

Kenapa saya kata macam tu? Kerana mulai tahun lepas, apabila Laporan Audit tahun 2008 di bentangkan di parlimen, KSN telah mengarahkan tindakan tatatertib akan di ambil terhadap penjawat awam yang cuai dalam menjalankan tugas sehingga terjadinya kesilapan yang berlaku seperti di laporkan dalam laporan audit.

Secara positifnya, kerajaan tidak lagi memandang remeh Laporan Audit yang dikeluarkan seperti mana yang berlaku kepada Laporan-laporan Audit sebelum ini dan sudah semestinya urus tadbir sektor awam akan lebih telus dan efisyen.

Namun ada juga kesan negatif daripada senario ini. Di pihak Auditi (pihak yang di audit), mereka akan lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk, tapi apa yang di khuatiri, sesetengah daripada auditi akan mengambil keputusan untuk tidak memberi kerjasama sepenuhnya dalam proses pengauditan pada masa-masa akan datang. Apa faedahnya jika mendedahkan kesilapan sendiri sedangkan mereka sendiri sudah tahu tindakan tatatertib akan di ambil terhadap mereka.

Pandangan ini saya nyatakan dari pihak yang menjalankan pengauditan, namun begitu tidak bermakna langkah kerajaan ini salah. Pendekatan audit juga harus berubah. Jabatan Audit perlu meminimakan laporan kesalahan auditi, bukan bermakna Jabatan menutup sebelah mata. Kesalahan auditi akan di tegur dan minta di perbetulkan, tetapi jika pihak auditi tidak memperbetulkan kesilapan dalam tempoh yang ditetapkan (kecuali kesalahan yang terlalu material dan mesti dilaporkan), Laporan kesalahan auditi tetap akan dikeluarkan dan pihak auditi perlu bersedia.

Catatan di atas tidak memihak kepada mana-mana pihak dan hanyalah pandangan saya sendiri di pihak yang menjalankan pengauditan. Jika ada tersalah cakap harap dapat diperbetulkan dan dipohon ribuan kemaafan.

Sekian.



Friday 12 February 2010

Target Atau Angan-Angan

Ini adalah post aku yang pertama, buat masa ni mmg tak tau nak cerita pasal apa. Planning terdekat, aku nak kawin, itu memang insyaAllah xberubah la, tapi apa planning jangka panjang aku? Kalau nak list kan memang banyak, tapi aku sendiri tak tau aku dapat capai atau tak apa yang aku nak plan.

Jadi, macamana kita tau tahap yang kita boleh capai.. rasanya yang lepas-lepas ni target aku xder yang tercapai, tapi ada yang kita tak buat target tapi tercapai. Luar daripada planning. Apa pendapat korang.

Antara contoh2 planning :
1. Ada rumah sendiri
2. Ada saving 100k
3. Pegi Haji
4. Ada business sendiri
5. Pencen awal